Wednesday, 26 December 2018

Topik 9: Pengurusan Tingkah Laku dan Disiplin


TOPIK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGENALAN
Tingkah Laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi  aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang  melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.  Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.  Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi. Manakala, definisi untuk pengurusan tinkah laku pula ialah satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005) Setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan bebas gangguan.

ISI PENTING
Antara tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah teori salah laku pelajar, Jenis-jenis devian dan factor-faktor berlaku devian.
Terdapat tiga teori punca salah laku pelajar yang utama iaitu teori fungsionalisme, teori konflik serta teori interaksionalisme. Teori fungsionalisme menyatakan bahawa struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Para pengkaji telah merumuskan tiga andaian iaitu stability, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria  penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat  dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadapkantasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan. Teori fungsionalisme juga menganggap Devian sebagai sebuah disfungsi pada struktur sosial. Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.
Seterusnya, ialah teori konflik. Teori konflik menyatakan bahawa tujuan pendidikan sebagai upaya menjaga kesenjangan sosial dan melestarikan kekuasaan orang-orang yang mendominasi masyarakat. Teori ini juga menyatakan bahawa devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minority yang menindas. Seperti di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.
            Teori interaksionisme pula membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem Sosial. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam suatu komuniti. Ahli-ahli teori interaksionisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusi yang subjektif. Jika dilihat dalam aspek persekolahan, teori ini menyatakan bahawa devian merupakan suatu proses sosial. Para pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi.
Devian pula terbahagi kepada empat iaitu inovasi, ritual, undur dan Menentang, Merton (1938). Devian inovasi ialah cara seorang individu daripada suatu komuniti untuk mencapai suatu matlamat dengan cara yang salah. Contohnya ialah pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuna mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik.
Devian ritual pula dalah tindakan seorang individu mengulang-ulang suatu perbuatan.  Contohnya ialah pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama. Devian undur ialah seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan. Sebagai contoh, pelajar yang sudah kecewa dengan pelajarannya akan sering ponteng sekolah. Manakala devian menentang adalah perbuatan seorang pelajar menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan  matlamat lain seperti mencuri.
Faktor-faktor berlakunya devian terbahagi kepada dua iaitu faktor kelas sosial dan faktor jantina. Bagi faktor kelas sosial, latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Kadangkala tingkah laku mereka bertentangan dengan apa yang dikehendaki pihak sekolah. Contonya, pelajar dengan latar belakang kelas sosial rendah dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Faktor kedua ialah jantina. Kajian menunjukkan bahawa devian lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, membuli, ponteng, samseng dan vandalisme. Pelajar perempuan pula dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandalisme dan berpasangan. Ini berlaku kerana faktor sosialisasi berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan dari kecil lagi.

No comments:

Post a Comment

Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN   PENDAHULUAN Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak dalam mengurus pelajar itu s...