Wednesday, 26 December 2018

Topik 1: Sosiologi dan Pembelajaran



TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
1. PENDAHULUAN
DEFINISI SOSIOLOGI
"Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006) Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia.
"Sosiologi sebagai kajian mengenai kehidupan sosial, perubahan sosial, dan sebab-sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia (American Sociological Association, 2006). Sosiologi merupakan kajian saintifik mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia.
Oleh itu, 
SOSIOLOGI = Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.
Sudut = budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya)
Masyarakat = saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial sistematik dan saintifik = penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains.

2. ISI PENTING
Sosiologi adalah kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Masyarakat: kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena social. Sistematik dan saintifik penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains. Sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Tisher, Whitten&Hunter(1983) mengatakan sosiologi adalah pengkajian saintifik tentang masyarakat manusia dan interaksi sosial. Fokus utama sosiologi adalah kelompok manusia dan bukan individu. Ia terletak di antara sains fizikal dan kemanusiaan (sains sosial). Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia social. Imaginasi sosiologi penting dalam mengenal pasti peranan pendidik dalam masyarakat. Pendidik perlu berupaya melihat kehidupan dirinya dan kehidupan orang lain sebagai berada pada struktur social tertentu.
TEORI UTAMA SOSIOLOGI
i.          Teori Fungsionalisme
      Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat
      Masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]
      Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam sistem masyarakat.
 ii.        Teori Konflik
      Menganalisis perspektif daripada konflik-konflik dalam masyarakat
      Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
      Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial.
 iii.       Teori Interaksionisme Simbolik
      Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
      Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia
      Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya
      Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra
      Makna adalah sesuatu yang dirundingkan
      Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia         luar. 
      Mempunyai 7 prinsip asas interaksionisme:
Ø  Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir
Ø  Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
Ø  Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.
Ø  Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
Ø  Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka terhadap sesuatu situasi
Ø  Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan menentukan tindakan yang sesuai.
Ø  Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat

MAKSUD PENDIDIKAN
Ø  Barat -John Dewey - Satu proses perkembangan individu. Pendidikan merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih selamat lagi.
Ø   ilmuan Islam - Syed Muhammad Qutb- proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Ø   Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.

SOSIOLOGI PENDIDIKAN
DEFINISI
Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp.  
PERANAN PENDIDIKAN
u  Pendidikan dilihat sebagai satu proses sosialisasi, iaitu bagaimana ahli masyarakat, terutama generasi muda, diajar dan diasuh secara formal atau tidak formal untuk menerima pengetahuan, kemahiran, norma dan nilai sosial, kedudukan dan peranan masing –masing dalam konteks sesuatu masyarakat itu.

u  Pendidikan juga dilihat sebagai proses ‘pemilihan’ (selection) yang menentukan kedudukan atau status seseorang dalam susun lapis sosio-ekonomi masyarakat itu: lebih tinggi pendidikan seseorang lebih tinggi statusnya dalam masyarakat.
u  Pendidikan sebagai proses pembudayaan di mana ahli sesuatu masyarakat mempelajari dan menerima kepercayaan, nilai-nilai, norma, cara bertindak yang dianggap sesuai dalam masyarakat itu.
u  Pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment), atau sebagai satu ‘consumption’.Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa, dan tenaga untuk mendapat pendidikan dan latihan.
u  Pendidikan sebagai proses membina warga negara supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.

No comments:

Post a Comment

Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN   PENDAHULUAN Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak dalam mengurus pelajar itu s...