TOPIK 14: PENGURUSAN
ALAM PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak
dalam mengurus pelajar itu sendiri dengan berasaskan konten pedagogi guru.
Mereka juga perlu memahirkan diri bukan sahaja dari segi kurikulum malah kokurikulum.
Guru juga perlu bersedia dalam penyediaan sumber yang mencukupi dan pelbagai
agar dapat menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang di ajar.
Pengurusan ialah satu proses merancang,
mengelola,memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli memimpin dan mengawal daya
usaha ahli-ahliorganisasi dan menggunakan sumber-sumber lainu ntuk mencapai
matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).Pengurusan merupakan satu proses
mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat
(Robbins,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan,
manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat
organisasi (Shukur,1988). Manakala menurut Sharpe (1989), sekolah
merupakanorganisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di
dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran
yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam
topik ini adalah matlamat pembelajaran,prinsip pembelajaran dan faktor
mempengaruhi kesediaan belajar.matlamat pembelajaran itu sendiri boleh di
bahagikan kepada pelbagai pendapat iaitu pendidikan ialah penambahan ilmu
“Pendidikan
ialah untuk menambahkan ilmuuntuk menghampirkan diri dengankesempurnaan fitrah
dan memahami dayausaha yang terdapat pada bakat dan watakseseorang.” (Stuart
Mill) dan Pendidikan ialah mendidik “Pendidikan ialah mendidik iaitu
memimpinkeluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan
indoktrinasi.” (Ducasse).Pendidikan juga adalah sistem
“Pendidikan
ialah satu sistem perkembanganintelektual, jasmani, kerohanian dan
emosi.”(Aristotle: 384
S.M.
– 322S.M.) dan pendidikan itu sendiri adalah proses “Pendidikan sebagai proses
Membentuk
kecenderungan asasi yang berupa kepercayaandan perasaan terhadap alam sejagat
dansesama manusia. Pendidikan juga suatu prosesbagi mengatur dan menambah
pengetahuanyang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebihselamat.” (John Dewey:
1933).
Seterusnya ialah prinsip pembelajaran, pengajaran
perlulah dirancang mengikut fasa dan turutan. Antara fasa-fasanya ialah
mempelbagaikan teknik belajar, ia memerlukan kreativiti guru dalam mengekalkan
tumpuan pelajar dengan memasukkan unsur kepelbagaian dalam process
pembelajaran.
Isi yang terakhir pula adalah faktor-faktor yang
mempengaruhi kesediaan belajar. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi,
antaranya ialah kematangan fizikal, dorongan, mengekalkan perhatian, sosial dan
persekitaran dan pengalaman sedia. Faktor-faktor tersebut dapat dipupuk dengan
membuat persedian yang mantap kerana pegurusan yang bagus adalah yang dibuat
dengan baik.
No comments:
Post a Comment