Wednesday, 26 December 2018

Topik 11: Pengurusan Pelbagai Budaya


TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENDAHULUAN
Pengurusan pelbagai budaya murid terdiri daripada tiga aspek utama iaitu, Kepelbagaian Murid, Pengurusan Merentas Budaya dan Isu Kepelbagaian Budaya Murid. Menurut kamus dewan edisi keempat dari segi bahasa pelbagai budaya bermaksud perihal pelbagai jenis tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi dan etc. Dari segi saintifiknya, pelbagai budaya di takrifkan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosialbudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang  inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

ISI PENTING
Kepelbagaian Murid
Manusia memang berbeza antara satu sama lain. 
Guru perlu sedar hakikat ini
Terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. 
Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
Banyak perbezaan di kalangan pelajar 
Bangsa, agama, taraf keluarga, gender, 
Juga melibatkan golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli)
Guru perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. 

Oleh hal yang demikian guru-guru mahupun pihak sekolah hendaklah berperanan penting dalam mendidik murid-murid yang terdiri daripada pelbagai budaya ataupun menstruktur semula program mereka yang responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Pendidikan inklusif jadi satu falsafah sekolah. Tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya.
Dalam pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu;-
 Membuka peluang kepada pelajar OKU
 Sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif.
 Menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.
Peranan atau implikasi pendidikan inklusif kepada guru
 Memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas.
 Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. 
 Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat pelbagai isu dalam menguruskan kepelbagaian murid ini antaranya ialah;-
 Rasis / perkauman
 Diskriminasi /penindasan
 Ketidakadilan sosial
 Menyalahkan mangsa contohnya: Menyalahkan mangsa rogol kerana berpakaian menjolok mata
 Penilaian berat sebelah
 Bahasa dan komunikasi
Dialek
Bilingual
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
 Komunikasi tanpa lisan – mengejek, menyindir dll



No comments:

Post a Comment

Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN   PENDAHULUAN Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak dalam mengurus pelajar itu s...