TOPIK 12: PENGURUSAN
PELBAGAI BUDAYA
PENDAHULUAN
Dalam tajuk 12 ini iaitu pengurusan pelbagai budaya,
lebih menekankan kepada pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan
khas dan program-program pendidikan yang
menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan
perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang
berkeperluan khas. Terdapat juga program pemulihan iaitu satu program
pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan
kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini
dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Murid yang mengalami
masalah 3M adalah disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan faktor
kognitif.
ISI PENTING
Teknik penggayaan diterapkan kepada murid yakni
Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran
dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid
dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan
dengan unit pembelajaran secara mendatar. Terdapat dua perbezaan teknik
penggayaan iaitu; -
Pengayaan
Mendatar
|
Pengayaan
Menegak
|
Dirancang untuk kumpulan mengikut
kebolehan
|
|
Dirancang mengikut kumpulan
yang cerdas
|
|
Kadar kesukaran aktiviti
|
|
Kadar kesukaran aktiviti
pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
|
|
Jenis aktiviti pengayaan
biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
|
Jenis aktiviti pengayaan
biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
|
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang
dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
|
Tujuan: mewujudkan kegembiraan
dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
|
Setiap kumpulan menjalankan
aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
|
Kumpulan cerdas menjalankan
aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana &
lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan
|
Menurut Garciulo, 2003 individu yang berkeperluan khas ialah individu yang berbeza ataupun istimewa daripada norma hidup masyarakat. Keistimewaan ini meliputi perbezaan daripada fizikal, pancaindera, kognitif ataupun tingkah laku. Kebanyakan kanak-kanak ini memerlukan tahap pendidikan yang istimewa yang berkaitan dengan keperluan uniknya.
JENIS KEISTIMEWAAN
|
CIRI-CIRI
|
Pintar Cerdas
|
•
perbendaharaan
kata yang lebih luas,
•
mempunyai
kematangan dari segi penggunaan
istilah,
•
keistimewaan
dalam matematik,
•
mencari
kesempurnaan kendiri,
•
tidak mudah
berpuas hati dengan jawapan yang mudah,
petah berkomunikasi
|
Autisme
|
·
Sukar
berkomunikasi
·
Mengelak
untuk bertentang mata
·
Emosi tidak
seimbang
·
Mencedera
diri sendiri
·
Sukar memahami
orang lain
·
Pasif
|
Disleksia
|
·
disparaxia
(masalah koordinasi motor- mata-tangan),
·
diskalkulia
(merujuk kepada masalah matematik)
·
disgrafia
(merujuk kepada bahasa
|
KECERDASAN
PELBAGAI
|
HURAIAN
|
|
Kecerdasan Logik-Matematik
|
•
Pelajar
mempunyai kelebihan dalam matematik.
•
Golongan
yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif
dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian
hipotesis.
•
Kemahiran
dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara
konseptual dan abstrak
|
|
Kecerdasan Verbal-Linguistik
|
•
•
•
|
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam
menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
Memahami
bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu
perkataan.
Mahir
dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu
unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa,
dan pengucapan awam.
|
Kecerdasan
Muzik
|
•
•
|
Golongan
ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari,
mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan
perasaan melalui muzik.
Peka
terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti
binatang, guruh dan angin.
|
|
Kecerdasan
muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
|
|
Kecerdasan Kinestetik Badan
|
•
•
|
Individu
jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada
sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi.
Mempunyai
kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka.
|
|
Mereka
juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental.
|
|
Kecerdasan Interpersonal
|
•
•
|
Golongan
ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik.
Mereka
berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat
dan tabiat orang lain.
|
|
Mudah
bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai
situasi yang ada.
|
|
Kecerdasan Intrapersonal
|
•
•
•
|
Mempunyai
kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang
diri sendiri. Mereka berupaya dalam
memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
Mampu
menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup
berdikari.
|
|
Suka
bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.
|
|
Kecerdasan Ruang Visual
|
•
•
|
Individu
ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi
yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam
kawasan persekitaran mereka.
|
|
Mampu
berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau
penilaian alam sekitar dengan tepat
.
|
|
Kecerdasan
Naturalis
|
·
Mempunyai
kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada
pada alam sekeliling.
·
Golongan
yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam
terbuka.
|
|
·
Sangat
sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan
isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.
|
||
Kecerdasan
Eksistensialis
|
•
Mempunyai
persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui
oleh golongan manusia.
•
Golongan
ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan
yang muncul dalam fikiran mereka.
|
|
|
•
Golongan
ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan
masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang
berkembang pada masa kini.
|
No comments:
Post a Comment