TOPIK 13: SEKOLAH DAN
PERSEKITARAN
PENDAHULUAN
Persekitaran
membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk
kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar
di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan
peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah
(pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling
sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air,
perpustakaan dan sebagainya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial
yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi
dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Mengapa sekolah
harus berhubungan dengan masyarakat? Pentingkah hubungan antara sekolah dengan
masyarakat? Ya, hal ini disebabkan sekolah adalah sebahagian yang integral dari
masyarakat, ia bukan merupakan organisasi yang terpisah dari masyarakat. Sekolah
adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat
(pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi untuk
mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang
dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab
sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan
ISI PENTING
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini
ialah pengurusan perkongsian, perkongsian pengetahuan dan hubungan sekolah dan
ibu bapa (PIBG). Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses yang membantu
organisasi untuk mencari, memilih, mengorganisasi, menyebar dan memindahkan
pengetahuan untuk aktiviti-aktiviti seperti penyelesaiaan masalah, perancangan
strategik dan pembuatan keputusan Zuliana Zookefli dan Khalid Md Nor (2008).
Kepentingan pengurusan juga amat penting dalam menbentuk sekolah yang baik
kerana struktur dan perancangan sekolah mempengaruhi prestasi pelajar di
sekolah tersebut.
Manakala perkongsian pengetahuan penyampaian maklumat
kepada semua pihak yang terlibat di dalam organisasi tersebut. Zuliana Zookefli
dan Khalid Md Nor (2008) mendefinisikan perkongsian pengetahuan sebagai
komitmen untuk memberitahu dan menterjemah, serta mendidik rakan sekerja yang
lain. Maklumat yang dikongsi tidak hanya mengenai aspek kerja tetapi juga
termasuk visi, matlamat, sokongan, perasaan, pendapat dan soalan.
Hubungan sekolah dan ibu bapa juga memainkan peranan
dalam mewujudkan suasana harmoni dengan bantuan ibu bapa dalam memberikan
sumbangan wang ataupun tenaga dan juga idea. Sekolah yang mempunyai
persekitaran yang baik dapat melahirkan sifat tenang dan selisa ketika belajar,
malah pengurusan pibp yang cekap dapat melahirkan sekolah yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
No comments:
Post a Comment