TOPIK 3: PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Tajuk ini adalah mengenai pengurusan dan
pembelajaran pelajar. Antara objektif pembelajaran dalam bab 3 ini ialah
memberi kesedaran tentang kepentingan pengurusan dan pembelajaran, memahami
konsep mengurus pembelajaran, mengkaji perspektif multidisiplin pengurusan
pembelajaran dan kajian pengurusan pembelajaran pelajar. Pengurusan dan
pembelajaran itu penting dalam bidang/profesion guru kerana dapat menambah
pengetahuan, meningkatkan mutu amalan kerja guru dan pengurusan yang cekap
menambahkan produktiviti. Pengurusan didefinisikan sebagai aktiviti yang
teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang
dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah
dikenalpasti (Ahmad Mahdzan, 2004). Dalam bahasa yang mudah pengurusan membawa
maksud iaitu satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat
yang ditentukan (Stoner,1984).
ISI PENTING
(1)
Kaedah pengurusan yang biasa dipakai dalam bidang pendidikan.
Pendekatan dan Kaedah Pengurusan:
i.
Berpusatkan Pelajar
ii.
.Berpusatkan Bahan
iii.
Berpusatkan Guru
iv.
Berpusat Pelajar, Bahan dan Guru
Pendekatan dan Kaedah Khusus
i.
.Pengurusan Bahan Pembelajaran.
ii.
Pengurusan Tempat.
iii.
Pengurusan Masa.
iv.Pengurusan
Siapa Yang Mengajar.
o Guru yang profesional haruslah mampu
menguasai dan mengurus 7 jenis pengetahuan berikut:
² Pelajar
² Pedagogi
² Kurikulum
² Konten-pedagogi
² Kandungan mata pelajaran
² Konteks pendidikan di Malaysia
Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia
(2)
Tahap
Pengurusan Kurikulum
- Perancangan-Analisis keperluan dan persiapan
dokumen kurikulum
- Implementasi- Pelaksanaan sebenar kurikulum di
bilik darjah.
- Penilaian -Penilaian bagi keperluan pembaikan atau
perubahan kurikulum
(3)
Prinsip
Pengajaran
i. Merancang: pengajaran perlu
dirancang mengikut fasa dan turutan
• Set induksi: aktiviti ringkas bagi
menarik minat dan perhatian
• Penyampaian: Apakah langkah guru dan
pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian
• Penutup: mengukuh isi, penilaian,
merumus
ii. Kepelbagaian teknik:
• Memerlukan kreativiti guru.
• Mengekalkan tumpuan pelajar
• Unsur kepelbagaian
iii. Penglibatan pelajar:
• Bersifat dua hala, mesra, kondusif,
aktif
• Semua terlibat/ tiada yang tersisih
• Interaksi lebih membina
(4)
Kajian-Kajian
Untuk Mengkatkan Standard Kualiti
Kaedah
pembelajaran semasa
u Teknik pengajaran yang sesuai dengan
keadaan semasa
u Isu-isu dan perubahan sistem
pembelajaran kini
u Buku teks
u Perbandingan sosiologi murid zaman kini
No comments:
Post a Comment