Wednesday, 26 December 2018

Topik 2: Interaksi dan Pembelajaran


TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

1. PENDAHULUAN
Dalam proses pembelajaran antara pendidik dan peserta didik harus ada interaksi. Pendidikan pada dasarnya merupakan interaksi antara pendidik dengan peserta didik, untuk mencapai tujuan pendidikan, yang berlangsung dalam lingkungan tertentu. Lingkungan ini diatur serta diawasi agar kegiatan belajar terarah sesuai dengan tujuan pendidikan. Pendidikan berfungsi membantu peserta didik dalam pengembangan dirinya, yaitu pengembangan semua potensi, kecakapan, serta karakteristik pribadinya ke arah yang positif, baik bagi dirinya maupun lingkungannya. Interaksi terdiri dari kata inter (antar), dan aksi (kegiatan). Dari segi terminologi
“interaksi” mempunyai arti hal saling melakukan aksi; berhubungan; mempengaruhi; antar hubungan. Interaksi akan selalu berkait dengan istilah komunikasi atau hubungan. Interaksi adalah suatu jenis tindakan atau aksi yang terjadi sewaktu dua atau lebih objek mempengaruhi atau memiliki efek satu sama lain.  Jadi, interaksi belajar mengajar adalah kegiatan timbal balik antara guru dengan anak didik, atau dengan kata lain bahwa interaksi belajar mengajar adalah suatu kegiatan sosial, karena antara anak didik dengan temannya, antara si anak didik dengan gurunya ada suatu komunikasi sosial atau pergaulan.

2. ISI PENTING
Sosiologi ialah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.Terdapat beberapa jenis sosialisasi iaitu primer, resisialisasi dan sekunder. Sosialisasi Permulaan berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penakulan dan kemahiran bahasa. Sosialisasi Sekinder (sosialisasi penyertaan) ialah satu proses sosialisasi rangsangan di luar lengkungan premier (keluarga). Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya. Manakala, Sosialisasi Semula (resosialisasi) adalah proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Proses ini boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah.

(1) Faktor yang melengkari sosialisasi:
a)                 Keluarga
b)                 Agama
c)                 Pendidikan
d)                 Ekonomi
e)                 Kerajaan/ suasana persekitaran politik

(2)    Jenis Dan Bentuk Kumpulan
Kumpulan mengikut kebolehan
              Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
              Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
              Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. 
Kumpulan pelbagai kebolehan
              Terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dalam satu kelompok. 
              Tidak dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana dan lemah TETAPI dinamai mengikut nama aktiviti, tugasan atau sebagainya. 
              Dibentuk berasaskan tugasan yang diberi.
              Kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

(3)    Bentuk Atau Corak Interaksi Murid Dalam Kumpulan
i.          Interaksi satu hala.
 Melantik ketua bagi melicinkan aktiviti berkumpulan.
ii.         Interaksi dua hala.
Ø    Interaksi dua hala antara ketua kumpulan dengan ahli dan ahli dengan ahli kumpulan
iii.         Interaksi dua hala antara kumpulan.
Ø    Beberapa kumpulan kecil yang dibentuk dalam satu   kumpulan besar.
Ø    Interaksi dua hala iaitu interaksi antara ahli-ahli dalam kumpulan kecil, dan interaksi antara ahliahli satu kumpulan kecil dengan ahli-ahli kumpulan kecil yang lain BERINTERAKSI sesama kumpulan dengan ketua kumpulan.
Ø    Ketua Kumpulan akan berinteraksi dengan ketua kumpulan kecil bagi menyampaikan arahan.













No comments:

Post a Comment

Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN   PENDAHULUAN Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak dalam mengurus pelajar itu s...