Wednesday, 26 December 2018

Topik 4: Organisasi dan Kepimpinan


TOPIK 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

PENDAHULUAN
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi (Robert Kreitner,2012)

Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah. Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.

ISI PENTING
Antara isi penting yang saya dapat pelajari Menurut York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Jadi dalam sesebuah organisasi dalam sekolah, yang mentadbir dengan sepenuh kuasa adalah Pengetua dan diikuti dengan 4 Penolong Kanan iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. 
Setiap daripada jawatan yang disandang mempunyai bidang tugasan yang tersendiri. Pengetua mempunyai tugasan yang khas iaitu Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. Manakala, Setiap daripada Penolong kanan sekolah juga mempunyai tugasan sebagai Menjalankan tugas Pengetua semasa ketiadaannya. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran. serta, membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. 

AUTOKRATIK
Menurut Hussein (1993), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am. Jadi kepimpinan peringkat sekolah terbahagi kepada 4 gaya kepimpinan yakni yang pertama kepimpinan Autokratik, Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas.
Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
Semua keputusan ditentukan oleh pemimpin.Teknik dan langkah-langkah dalam menjalankan tugas sentiasa dipantau oleh pemimpin. Pemimpin membuat agihan tugas kepada orang bawahan dan meminta mereka bekerjasama. Kekuatan autokratik. Pemimpin kurang memerhatikan keperluan orang bawahan. Pemimpin mempunyai kuasa mutlak mengubah keputusan yang dipersetujui dalam mesyuarat. Komunikasi satu arah sahaja yang berlaku. Kesalahan utama terletak pada pemimpin sekiranya menemui kegagalan dalam tugasan yang diamanahkan. Kelemahan Autokratik. Gaya kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.



DEMOKRATIK 
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.
Kekuatan Demokratik. Memberi kebebasan yang meluas kepada warga organisasi untuk berkongsi pendapat. Lebih menitik beratkan pihak bawahan dalam mencapai tujuan organisasi. Warga organisasi akan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Meningkatkan produktiviti. Perbincangan atau diskusi banyak berlaku dan akhirnya memberikan pelbagai idea dan jalan penyelesaian.  Hubungan ketua dan bawahan akan lebih erat di mana saling bantu-membantu dalam menjalankan tugas Kelemahan demokratik. Memerlukan komunikasi yang berkesan.
Memerlukan masa yang lebih lama dalam membuat keputusan. Memerlukan syarat peningkatan tertentu bagi pemimpin. Sukar mencapai persepakatan. Memerlukan toleransi antara kedua pihak untuk mengurangkan salah faham. Haris & Mujis (2005) – terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan guru. Peranan & tanggungjawab - Guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya Kerjasama - Berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang hendak dituju

LAISSEZ-FAIRE
Menurut Jaafar, Hizam dan Zafir (2000) Gaya Kepimpinan bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka. Pemimpin  sedemikian  biasanya  memberi  kebebasan kepada  pekerja  untuk  menentukan matlamat  mereka  tersendiri  serta  cara-cara  mencapainya.  Pemimpin seperti ini amat yakin dengan orang yang dipimpinnya dan tidak memimpin mereka dalam melakukan tugas. Ianya juga dikenali juga sebagai kepimpinan yang ”lepas tangan”.Pengurusan tidak atau sedikit sahaja memberi arahan,dan memberi kebebasan kepada pekerja sebanyak mungkin.Semua autoriti dan kuasa diturunkan kepada pekerja,jadi mereka boleh menentuka sasaran,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara bersendirian.
            Kekuatan laissez-faire dapat dikategorikan kepada beberapa kelebihan antaranya, Orang bawahan tidak terlalu tertekan. Kebebasan penuh diberikan kepada pihak orang bawahan dengan penglibatan yang minimum oleh pemimpin. Pemimpin menyediakan pelbagai bahan informasi. Orang bawahan lebih mudah membuat keputusan yang relevan untuk mencapai tujuan yang dianggap sesuai. Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.
Kelemahan laissez-faire. Pemimpin tidak berperanan dan tidak terlibat dalam agihan tugas. Pemimpin hanya memberi komen terhadap aktiviti yang dilakukan oleh orang bawahan tanpa menilai dan membuat susun atur. Pemimpin membiarkan orang bawahannya mengatur diri sendiri. Pemimpin hanya menentukan kebijaksanaan dan tujuan tertentu.

KONTIGENSI 
            Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.
Gaya kepimpinan atau autocratic leadership style merupakan satu kaedah atau cara yang digunakan oleh pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para pekerja.   Gaya kepimpinan terdiri daripada 4 gaya kepimpinan autokratik, demokratik, laissez – Faire dan kontigensi.  Di dalam organigayasasi Jabatan Pengairan dan Saliran   terdapat gaya kepimpinan kontigensi.Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan kontigensi ini akan mengambil kira tentang faktor ciri – ciri pemimpin dan faktor situasi.  Terdapat beberapa penjelasan yang berkaitan dengan kepimpinan kontigensi iaitu Model Kepimpinan Fiedler (1967) dan Teori Matlamat Laluan (Path – Goal Theory yang dikembangkan oleh Martin G. Evans dan Robert J. House (1971).
Teori atau model kontingensi (Fiedler, 1967) sering disebut teorisituasi kerana teori ini mengemukakan kepimpinanyangbergantung pada situasi.  Model atau teori kontingensi Fiedlermelihat bahawa kumpulan berkesan bergantung pada keserasian antara gaya pemimpin yang berinteraksi dengan subordinatnya sehingga situasi menjadi berpengaruh terhadap pemimpin. Model kepemimpinan kontingensi mengfokuskan perhatian yanglebih luas, iaitu pada aspek-aspek yang berkaitan antara keadaanatau perubahan situasi dengan watak atau tingkah laku dan kriteria prestasi pemimpin (Hoy and Miskel 1987).  Model kepemimpinan Fiedler (1967) disebut sebagai model kontingensi kerana model tersebut dianggap bahawa sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung, pada cara atau gaya kepimpinan (leadership style) dan kesesuaian situasi (the favourableness of the situation) yang dihadapinya.
Menurut Fiedler, ada tiga faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan ketiga faktor ini selanjutnya mempengaruhi keberkesanan pemimpin. Ketiga-tiga faktor tersebut adalah hubungan antara pemimpin dan anggota (leader-member relations), struktur tugas (the task structure) dan posisi kuasa.
Hubungan antara pemimpin dan anggotanya menjelaskan sejauhmana pemimpin itu dipercayai dan disukai oleh anggotanya, dan kemahuan untuk mengikuti segala arahan yang diberikan olehpemimpin tersebut.  Sebagai contoh, pengurus mewujudkan hubungan yang baik dengan pekerja bawahan supaya kumpulan yang terlibat dapat bekerjasama, mematuhi dan taat setia kepada beliau.

No comments:

Post a Comment

Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN   PENDAHULUAN Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak dalam mengurus pelajar itu s...