TOPIK 5: PENGURUSAN
MURID
PENGENALAN
Dalam melahirkan sistem pembelajaran yang unggul,
pelbagai aspek perlu dikaji dengan teliti agar matlamat yang diingini tercapai
dan salah satu daripadanya adalah
pengurusan murid. Pengurusan sebagai salah satun proses mengagihkan
input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan
dan pengawalan.
Pengurusan murid merupakan satu
bidang yang penting di sekolah. Ini kerana pelaksanaanya di sesebuah sekolah
akan mencerminkan prestasi sekolah. Selain perlu berhadapan dengan remaja
bermasalah dan mengalami kecacatan, guru juga berhadapan dengan pelajar yang
mempunyai keistimewaan luar biasa dalam kategori pintar, cergas atau pelbagai
upaya.
ISI PENTING
Tiga perkara penting yang saya pelajari dalam topik
ini adalah berkaitan dengan mengurus rekod murid, kesediaan murid untuk belajar
dan memotivasikan murid.
Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid ini
dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan bertanggungjawab untuk
menjaga, bersistematik mengawal ciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah
proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat mruid ke dalam bentuk yang
direkod.
Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan
semasa menghasilkan rekod iaitu tujuan, aspek perincian dan juga pertimbangan
yang praktical. Rekod murid yang dibuat harus dilindungi dan dijaga dengan baik
kerana mengandungi maklumat yang boleh memberitahu guru mengenai persekitaran
setiap anak muridnya. Rekod yang ingin dibuat juga perlu dibuat dengan rapi dan
sistematik kerana sistem rekod murid yang baik akan membantu guru untuk
merancang sistem pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan efisien.
Namun, sebelum membuat rekod murid, seorang guru
harus menjalankan pentaksiran mengenai persekitaran seseorang murid yang
meangkumi aspek persekitaran, perkembangan, kemajuan, kesihatan dan tingkah
laku melalui beberapa kaedah yang sesuai. Antara kaedah yang boleh dijalankan
ialah menggunakan kemudahan teknologi yang semakin berkembang sekarang ini.
Jadi, segala pengurusan rekod yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan
sistematik. Pengurusan rekod yang baik dapat membantu seorang guru untuk
mencapai objektif yang telah dibina melalui pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Maklumat murid perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat
rujukan tentang permbelajaran murid.
Selain itu, rekod ini juga melibatkan rekod kerja di
dalam kelas serta markah dan kemajuan yang dicapai oleh setiap pelajar. Catatan
khas berkenaan kerja rumah haruslah dibuat dan diletakkan bersama rekod kerja
kelas. Guru dapat menentukan kadar pengajaran berdasarkan rekod kemajuan kelas
dan individu yang tepat dan jelas. Rekod ini juga dapat membantu guru menyedari
perlunya bahan tambahan ataupun bahan lain dengan cepat. Liputan setiap topik
dalam sukatan boleh disemak dengan mengumpul dan sentiasa merujuk rekod kerja.
Jika perlu, boleh diperluas sehingga mencapai keputusan yang memuaskan.
Manakala dalam buku rekod mengajar guru haruslah
mempunyai perkara-perkara seperti salinan jadual waktu persendirian termasusk
analisis mata pelajarannya. Selain itu, terdapat juga salinan sukatan pelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar. Salinan kertas soalan peperiksaan dan
keputusan peperiksaan termasuk ujian bulanan bagi tiap-tiap kelas yang
diajarnya. Buku rekod mengajar ini mesti diisi mengikut perancangan pengajaran
harian sebelum masuk ke dalam kelas.
Kesediaan murid belajar merupakan keadaan dalam diri
individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu tujuan
memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan
secara berkesan kepada kanak- kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya
(Brunner, 1966). Manakala Piaget
(1966)
mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat kognitif kanak-kanak.
Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat
perkembangan intelek seperti berfikir, menganalisis, mensistesis dan menilai.
Merujuk kepada sikap dan keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat
dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk
melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor, kesediaan
afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar.
Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau
berada dalam situasi yang sama.
Perbezaan yang dpat dihayati melaui pergaulan, interaksi dan aktiviti
sosial, cara kehidupan berbeza oleh setiap individu, falsafah hidup dan
keagamaan yang berbeza antara individu. Strategi implementasi kesediaan belajar
seperti mengunakan set induksi yang menarik, merancang aktiviti pembelajaran dan
pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada, peringkatkan isi
pelajaran mengikut tahap sediaan murid, gunakan pelbagai stimulus dalam
mengekalkan minat murid dan banyak lagi.
Motivasi merupakan rangsangan yang
membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat
tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu
menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan
tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk.
Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi, keperluan melibatkan keinginan memenuhi
kekurangan fisiologi dan psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman,
perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif,
aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment