TOPIK 8: STRATEGI
MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN
PENDAHULUAN
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan
suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya
kondusif untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif
yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkanpembinaan suasana
pembelajaranyang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar
dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat
perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).
Definisi pengurusan bilik darjah adalah bagaimana
guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Ia adalah pakatan
antara guru dan pelajar untuk mengurus segala aspek terdapat dalam bilik darjah
yang melibatkan pengurusan pelajar, kemudahan fizikal serta aktiviti yang
dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).
ISI PENTING
Antara isi penting yang saya pelajari dalam strategi
mengurus bilik pembelajaran ialah faktor fizikal bilik darjah, interaksi dalam
bilik darjah serta iklim bilik darjah. Antara faktor fizikal bilik darjah ialah
yang pertama penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah adalah merupakan
salah satu factor yang penting ini kerana ia boleh menjadi factor penggalak
atau penghalang dalam suatu sesi PdP. Kedudukan meja dan kerusi pelajar
hendaklah berhadapan dengan papan putih ini kerana jika kedudukan meja dan
kerusi pelajar berada dalam kedudukan yang sebaliknya fokus pelajar semasa
proses PDP akan terganggu. Kedudukan meja guru pula hendaklah berada di hadapan
kelas dan berdekatan dengan pelajar ini bagi memudahkan guru untuk mengawal
kelas serta meningkatkan interaksi antara pelajar dengan guru. Seterusnya ialah
interaksi dalam bilik darjah. Terdapat empat jenis interaksi iaitu interaksi
satu hala antara guru dan pelajar, interaksi dua hala antara guru dan pelajar,
interaksi antara pelajar dengan pelajar dan interaksi pelbagai hala. Di dalam
interaksi satu hala antara guru dan pelajar, corak interaksi ditentukan oleh
guru yang mengajar. Di dalam interaksi satu hala ini tiada interaksi antara
pelajar dengan pelajar yang lain dan pelajar tidak terlibat secara langsung
dalam sesi PDP. Manakala, dalam
interaksi dua hala pula, wujud interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar
dengan guru. Situasi ini boleh diwujudkan jika guru menggalakkan pelajar untuk
melibatkan diri dalam sesi PDP dengan bertanyakan pendapat atau soalan kepada
pelajar. Bagi corak interaksi antara
pelajar dengan pelajar pula, guru menggunakan pendekatan secara berkumpulan
dengan mengaplikasikan penggunaan kertas kerja, lakonan dan lain-lain. Dengan
cara ini, aktiviti pembelajaran secara aktif dan dinamik dapat diwujudkan.
Dengan cara itu juga, pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan
guru.
Bagi interaksi terakhir iaitu interaksi perlbagai
hala, guru menggunakan kaedah pengajaran bersifat simulasi, pendekatan
berkumpulan, perbincangan dan lain-lain. Dengan menggunakan kaedah tersebut
sesi PDP yang kondusif dapat diwujudkan dan para pelajar menyertai sesi PDP
secara aktif. Akhir sekali ialah iklim dalam bilik darjah. Iklim dalam bilik
darjah terbahagi kepada tiga iaitu suasana fizikal, suasana sosial dan suasana
emosi. Pertama sekali ialah suasana fizikal, suasana fizikal merupakan
penggalak ataupun penghalang kepada proses PDP. Guru sangat berperanan dalam
menentukan suasana fizikal bilik darjah. Kerusi, meja, papan putih dan
penggunaan alat bantu mengajar juga tergolong dalam suasana fizikal bilik
darjah.
Seterusnya ialah suasana sosial.
Suasana sosial adalah merupakan tugas guru untuk mengkaji melalui pemerhatian
biasa atau menggunakan teknik sosiometri. Sosiometri adalah merupakan teknik
untuk mencari dan menunjukkan perhubungan individu dengan pelajar. Teknik
sosiometri ini boleh diaplikasikan menggunakan ujian sosiometri Moreno. Ujian
sosiomteri Moreno ini dapat menentukan seorang pelajar itu merupakan ahli bagi
sesebuah kumpulan atau merupakan penerimaan pada kumpulan lain.
Suasana emosi merupakan aspek
terpenting jika dibandingkan dengan suasana fizikal dan suasana sosial. Suasana
emosi merupakan gabungan daripada pelbagai aspek antaranya ialah suara,
kelucuan, penggunaan pujian, kemesraan, stail, kawalan, kepimpinan dan kaedah
mengajar serta sikap dan ekpektasi bilik darjah. Aspek yang pertama ialah
suara, para guru hendaklah mempunyai suara yang terang, jelas dan semula jadi.
Ini bagi mewujudkan suasana kelas yang tenang serta menggalakkan interaksi
pelajar dalam sesi PDP. Aspek seterusnya ialah kelucuan, aspek ini perlu di
digunakan dalam sesi PDP, ini bagi memulihkan suasana muram dan memudahkan sesi
pembelajaran. Selain itu, penggunaan pujian juga perlu dalam sesi PDP. Para
guru boleh menggunakan metode ini untuk meningkatkan semangat para pelajar dan
secara tidak langsung dapat meningkatkan persaingan diantara pelajar. Guru
boleh memberi pujian kepada pelajar dalam bentuk berkumpulan, individu ataupun
memuji di khalayak ramai bergantung kepada situasi.
Setersunya ialah kawalan. Kawalan ini dapat
dikelaskan kepada dua iaitu berbentuk positif dan negatif. Kawalan positif pula
dipecahkan kepada dua iaitu kawalan positif formal dan kawalan positif tidak
formal. Contoh bagi kawalan positif dan formal ialah pemberian markah dan
menggalakkan persaingan. Manakala contoh untuk kawalan positif tidak formal
pula ialah guru melonggarkan peraturan yang ditetapkan ataupun menggunakan
kaedah pengajaran ekstrinsik. Untuk kawalan negatif pula,ia lebih bersifat
hukuman ataupun member pengajaran kepada para pelajar contohnya adalah dengan
mengenakan denda, sindiran, hukuman dan lain-lain.
Aspek yang terakhir ialah kepimpinan dan kaedah
mengajar. Jika guru dapat mengaplikasikan aspek ini suasana PDP yang demokratik
akan diwujudkan dan secara langsung akan menggalakkan para pelajar untuk
bekerjasama. Di dalam aspek ini para guru dapat mempengaruhi pelajar secara
langsung dan tidak langsung. Contoh bagi guru yang mempengaruhi para pelajar
secara langsung adalah dengan memuji pelajar dan menggalakkan para pelajar
bersifat terbuka dengan cara menerima idea pelajar lain. Manakala untuk situasi
guru mempengaruhi pelajar secara langsung adalah dengan bersifat kritikal
terhadap pelajar.
No comments:
Post a Comment