TOPIK 7: PENGURUSAN
SUMBER
1. PENDAHULUAN
Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi
melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara sistematik,
teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Pengurusan juga terdiri daripada
pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satuatau lebih
entiti untuk tujuan menyelaras dan mengharmonikan kumpulan tersebut bagi
mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancangkan (Buck, 2010)
Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa
pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta
menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat
organisasi yang telah ditetapkan.
Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh
digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan
seharian. Sumber terdiri daripda pelbagai kategori iaitu sumber alam atau
semulajadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber ini
digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan hidup dan mempunyai
perkaitan dengan definisi pengurusan.
Oleh sebab itu, pengurusan sumber boleh ditakrifkan
sebagai bagaimana manusia Mengorganisasikan sumber yang ada melalui proses
merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari aspek
pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran mengurus sumber adalah sangat
penting bagi menjelaskan sesuatu fakta, membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan
menyatakan kebenaran fakta berkenaan agar tidak menyimpang atau menyerong
dengan etika dan norma-norma masyarakat.
ISI PENTING
Pembelajaran berasaskan sumber berhasrat untuk
melibatkan semua pelajar belajar secaraaktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Hal ini bermaksud, pelajar memainkan peranan penting semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlangsung. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati serta
menjadi fasilitator kepada pelajar. Selain itu, peranan guru juga adalah
mencari sumber yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar manakala pelajar
bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti berasaskan sumber tersebut. Sebagai
contoh, sumber yang digunakan oleh guru untuk menjalankan aktiviti adalah
sumber yang berasaskan komputer. Di sini, guru akan menyuruh pelajar mencari
maklumat yang terdapat dalam computer untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
Menggunakan cara tersebut kita dapat melihat penglibatan aktif semua pelajar
untuk mencari maklumat mengenai tajuk yang telah diberikan oleh guru. Selain
daripada itu, ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber hendaklah lebih
flaksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar.
Maksudnya di sini ialah gaya pembelajaran pelajar
boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian yang mereka perlukan. Contohnya, jika
terdapat seseorang pelajar hendak bertanyakan soalan kepada gurunya selepas
tamat waktu persekolahan. mereka tidak sepatutnya berjumpa dengan guru semata-mata
hendak bertanyakan akan jawapan. Sebaliknya mereka boleh menggunakan internet
untuk mencari maklumat yang dikehendaki atau berkomunikasi secara langsung
dengan guru melalui email ataupun telefon bagi bertanyakanakan masalah tersebut
tanpa perlu bersemuka. Hal ini lebih senang dan menjimatkan masa para pelajar
dan guru tersebut.
Ciri pembelajaran berasaskan sumber dapat memberikan
peluang kepada pelajar untuk belajar
mengikut keupayaan mereka. Sebagai guru mereka perlu mengetahui tahap keupayaan
setiap pelajarnya supaya dapat memudahkan guru untuk mencari kaedah pengajaran
yang sesuai untuk pelajar berkenaan. Tidak semua pelajar boleh menerima
pembelajaran yang diberikan oleh guru. Hal ini bergantung kepada tahap
keupayaan seseorang pelajar. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai tahap
keupayaan yang rendah, tidak sesuai untuk belajar dengan menggunakan sumber
bercetak seperti buku, majalah atau surat khabar kerana pemikiran mereka tidak
dapat memahami dan menguasai maksud
yang cuba disampaikan dalam teks tersebut. Oleh sebab itu, golongan pelajar
seperti ini hendaklah diajar menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan
komputer atau alat pandang dengar seperti televisyen mahupun video kerana
mereka akan lebih memahami maksud yang cuba disampaikan dengan lebih jelas
lagi. Di samping itu juga, aktiviti pembelajaran haruslah memberi penekanan
kepada sumber pendidikan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran.
Ciri pembelajaran
berasakan sumber yang terakhir ialah
dapat menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja
dan saluran komunikasi bagi meningkatkan motivasi belajar para pelajar. Dalam
konteks ini guru boleh memilih sendiri kaedah pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai sumber seperti, internet, cakera padat, video, televisyen, buku teks,
majalah, surat khabar, kamus ataupun sumber yang berasas kanmanusia contohnya
guru ataupun rakan sekelas. Selain itu juga, dengan penggunaan pelbagai sumber
pengetahuan pelajar akan bertambah luas Mereka juga boleh berkomunikasi dengan
guru ataupun rakan yang lain apabila tamatnya waktu persekolahan dengan
menggunakan internet seperti email ataupun telefon.
No comments:
Post a Comment