TOPIK 6: PENGURUSAN
BILIK DARJAH
PENDAHULUAN
Bilik darjah ialah tempat berlangsungnya proses
pengajaran danpembelajaran, maka bilik darjah boleh didefinisikan atau pun
diterjemahkan sebagaimana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan
menerima maklumat danilmu pengetahuan. Konsep bilik darjah sentiasa mengalami
perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta
perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Apabila kita kembali
menyingkap sejarah silam perkembangan sistem pendidikan negara, pada zaman
dahulu terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah sebatang pokok
besar dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun
dianggap sebagai bilik darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British, surau atau pondok
dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada
imam. Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru, tidak kira
di mana sekalipun asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan
menerima maklumat dan ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan
sebagai bilik darjah sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas
sebagaimana dinegara-negara luar seperti Iraq dan Afghanistan.
Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat
mudah yang terdiridaripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur
yang sama danmempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik
darjah merupakansatu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah
menjadi semakinkompleks. Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti
pengetua, ibubapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan
selain daribentuk pengajian seperti menetapkan matlamat, memperuntukkan sumber
danmengarah tujuan. Manakala pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set
tingkah laku guruyang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan
mengekalkankondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988),
mengibaratkanpengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik
darjah yangmemerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan
sumberpengajaran. Beliau juga menekankan tentang pentingnya penyusunan suasana
bilikdarjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar
sertatanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah
yangmungkin akan timbul.
Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi
kita untukmembezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan
membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik
darjah itu sendiri. Menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa
kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di
mana tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin
dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran
ISI PENTING
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan
suasana interaksi di dalam bilikdarjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan
kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di
lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal. (Mak Soon Sang,
2008). Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan
yangterdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai
peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja
dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan
bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta
dihiasi dengan keceriaandan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik
darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah
berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru.
Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9meter boleh
memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dantingkap yang
terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.Papan kenyataan yang
dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, cartaorganisasi, pelan
keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan,kata-kata
motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CDdan LCD
sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnyaterjelma
suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untukberada
lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,
wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari,
iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Faktor
sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan
murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah
biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat
juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan
dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang danmenggalakkan
perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikapyang adil semasa
melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang, 2008).
Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan
berlaku di antara guru kepada muridyang di kenali sebagai komunikasi sehala,
interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala, serta
interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang di
kenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Selain itu faktor sosial juga dapat
dilihat melalui prosedur semasa menjalankanaktiviti dalam bilik darjah dimana
guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh atau
tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti; Cara murid memasuki kelas dan
keluar kelas contohnya keluar ke tandas. Cara murid bergerak untuk melakukan
tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnyamesti berada dalam kumpulan
masing-masing dan tidak merayau-rayau dalam kelas. Cara murid untuk mendapatkan
bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran kertas
kerja dari guru. Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap
guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid
yang di tentukanoleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana
emosi bilik darjahyang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai
sifat-sifat sepertipenyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta
menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi
dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008). Faktor emosi juga dapat di lihat
melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis
kepimpinan guru ialah; Gaya Kepimpinan autokratik iaitu mengawal murid melalui
ganjaran dan hukumansehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak
menarik serta tidak kondusif. Gaya Kepimpinan
Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab denganmurid
dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkanaktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan. Gayakepimpinan
Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktivitipembelajaran
sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, danperhubungan
antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra.. Selain itu guru juga
perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikankepada
peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid
(DrRagbir Kaur, 2008). Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada
murid-muriddapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan
bahandan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal
tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama
serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan
murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelesaian masalah yang dihadapioleh
murid-murid . (Haji Samsudin bin Md Noor ).Faktor terakhir ialah faktor
teknikal yang merujuk teknik-teknik yangdigunakan untuk merangsang semangat dan
kesediaan belajar. Faktor inimerangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan
penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti
yang boleh merangsang aktivitipembelajaran seperti pertandingan perbahasan,
deklamasi sajak, kuiz, drama dansebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat
merangsang semangat belajar murid agarmereka berusaha dengan lebih giat lagi
(Mok Soon Sang, 2008). Di samping itupersediaan guru merangkum pelbagai alatan
dan bahan untuk kegunaan guru danmurid merupakan sebahagian daripada pengurusan
bilik darjah dinamik. Adakalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan
di luar daripada nilai-nilaimurni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca
daripada tidak terdapatkesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru
dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap (Haji
Samsudin Bin Md Noor).
Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru
bergantung kepadakejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti
iaitu tidak sehinggamembosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa
digunakan untukmembaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti
kelas, dan pengurusanmasa yang berkesan. (Haji Samsudin bin Md Noor).
No comments:
Post a Comment