TOPIK 10: PENGURUSAN
PENASIHATAN MURID
PENDAHULUAN
Terdapat tiga komponen utama dalam pengurusan
penasihatan murid iaitu, bimbingan, mentoring dan penasihatan. Definisi
bimbingan menurut Shertzer & Stone 1971 ialah, satu proses menolong individu
untuk memahami diri dan alam sekelilingnya dan bagi Mathewson 1962 ialah,
proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong
individu melalui pendidikan. Selain itu, penasihatan menurut Zuraidah 1994,
memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan
individu yang terlibat dan definisi bagi mentoring ialah membimbing dan
menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar
dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan,
menyakinkan di samping mengurus dan
mengarahkan (Fletcher 2000).
ISI PENTING
Terdapat 5 fasa utama dalam proses bimbingan dan
penasihatan manakala terdapat 4 aspek dalam mentoring yang ingin diketengahkan.
Antara fasa utama dalam proses bimbingan dan penasihatan ialah:-
• FASA
1
Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat
pelajar - Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu
menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar
pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajarpelajar mereka
berbanding guru yang tidak mengajar. Mereka perlu disedarkan tentang
kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber
rujukan pelajar.
• FASA
2
Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan
dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus,
seminar dan bengkel khas. Antara kemahirankemahiran yang dicadangkan iaitu;
Ø Kemahiran perkembangan personaliti
Ø Kemahiran melayan dan kemahiran
mendengar
Ø Kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan
(non verbal)
Ø Kemahiran mengenal pasti pelajar yang
bermasalah
Ø Kemahiran asas teori dan teknik
kaunseling dalam proses menolong.
• FASA
3
Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi
kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar
yang memerlukan bimbingan dan
penasihatan. Secara umumnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat
dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu;-
Ø Pelajar yang datang secara sukarela
Ø Pelajar yang di bawah pemerhatian
Ø Pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh
guru-guru sebagai memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan diagnosis
Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh
guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan
bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik,
teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan
FASA 4
Secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui
tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara
kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa.
Terdapat
enam tahap dalam proses membimbing pelajar, iaitu;-
1)
Membina Hubungan
Di tahap ini guru membina perhubungan yang mesra,
saling mempercayai dan selamat dengan pelajar agar perbincangan dapat
dijalankan dengan lebih baik. Guru harus menerima pelajar seadanya iaitu
melalui penerimaan positif tanpa syarat, memperlihatkan ketulenan dan ikhlas
sehingga pelajar yakin bahawa guru adalah seorang yang boleh dipercayai,
kompeten, dan peramah. Contoh: guru melihat pelajar muram dan tidak ceria
sewaktu dalam kelas, lantas mendekati pelajar tersebut.
“Apa khabar Amy, saya
lihat Amy macam sedih saja. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
2)
Penerokaan
Pada tahap ini, guru cuba membantu pelajar dengan
meneroka permasalahan utama mereka melalui beberapa kemahiran tertentu supaya
pelajar dapat memberitahu apakah masalah yang dialaminya dengan jelas.
Contoh:
Pembimbing
: “Apa agaknya yang mendorong Amy berjumpa dengan saya hari ni?”
Amy:
“Entahlah cikgu, saya betul-betul sedih. Kawan saya Ani memarahi saya
tadi, saya
bukan buat salah besar pun.....”
Pembimbing:
hmm...... ...kawan awak marah ? (dorongan minima)
3)
Definisi Masalah & Membina Matlamat
Guru perlu melihat dengan lebih mendalam permasalah
pelajar melalui pendefinisian permasalahan utama dan membina matlamat mereka.
Pada tahap ini biasanya, pelajar dan guru telah dapat mengenalpasti apakah
masalah utama yang menyebabkan pelajar berkeadaan sedemikian. Matlamat tidak
akan tercapai seandainya masalah utama tidak dikenal pasti. Contoh;-
Pembimbing
: “Dari apa yang telah Amy beritahu saya, Amy merasakan bahawa sikap cuailah
yang menyebabkan Amy dimarahi oleh Ani. Agaknya, apa yang ingin Amy lakukan
untuk mengatasi masalah ini”
Pelajar:
“Ya....Saya rasa, saya perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan
kawan-kawan...saya tak sanggup dimarah sekali lagi”.
4)
Alternatif Penyelesaian & Pelan Tindakan
Pelajar akan dibantu membuat beberapa alternatif
penyelesaian terhadap permasalahan yang mereka alami dan membantu mereka
merancang tindakan yang sesuai selaras dengan kemampuan mereka. Setelah situasi
sebenar difahami, berlaku proses perbincangan antara dua pihak untuk melihat
alternatif-alternatif penyelesaian dan pilihan-pilihan yang dibuat perlu
membawa implikasi positif.
Contoh;-
Pembimbing:
“Selain mengamalkan sikap lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan
rakan-rakan, apa agaknya yang Amy dapat
lakukan supaya kawan-kawan lebih menghormati dan yakin terhadap Amy?”
Pelajar:
“Saya rasa, saya perlu membeli sendiri barang-barang tersebut, tak perlu
pinjam-meminjam lagi. Kalau tidak cukup wang saya boleh kumpul duit sedikit
demi sedikit. Cuma mungkin ambil masa sedikit untuk dapat mengumpulkan jumlah
yang diperlukan.
|
5)
Melaksanakan Tindakan
Tahap
seterusnya ialah melaksakan tindakan yang dibincangkan dan membuat penilaian
terhadap tindakan tersebut.
6)
Penamatan
|
Setelah
pelajar mencapai matlamat dan objektifnya, maka hubungan bimbingan bolehlah
ditamatkan. Guru akan memantau pelajar seterusnya melalui tindakan susulan.
o FASA
5
Fasa
ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada
berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada
dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. Keputusan
dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
Terdapat
4 proses dalam mentoring antaranya ialah;-
PROSES 1
Berikan
masa dan tingkatkan usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki. Mentor
dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain
supaya timbul rasa saling mempercayai. Jika ini berlaku dengan baik maka proses
mentoring akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.
PROSES 2
Langkah
seterusnya adalah untuk mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan/
perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring.
Perjanjian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti
batasan serta cara dan teknik mentoring. Wujudnya perjanjian bersama ini akan
mewujudkan perhubungan yang harmoni.
PROSES 3
Merupakan
langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu
sendiri. Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah menentukan
matlamat mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti mentoring supaya
matlamatnya tercapai. Pada ketika ini juga, perlu ada usaha untuk mewujudkan
perhubungan yang harmoni dan berterusan antara mereka.
PROSES 4
Proses
mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka
yang berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap
pencapaian positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang
kasual. Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu pula,
perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu yang lebih kekal.
No comments:
Post a Comment