Wednesday, 26 December 2018

Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran


TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN 

PENDAHULUAN
Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak dalam mengurus pelajar itu sendiri dengan berasaskan konten pedagogi guru. Mereka juga perlu memahirkan diri bukan sahaja dari segi kurikulum malah kokurikulum. Guru juga perlu bersedia dalam penyediaan sumber yang mencukupi dan pelbagai agar dapat menarik minat pelajar dalam matapelajaran yang di ajar. 
Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola,memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahliorganisasi dan menggunakan sumber-sumber lainu ntuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988). Manakala menurut Sharpe (1989), sekolah merupakanorganisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.

ISI PENTING
Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini adalah matlamat pembelajaran,prinsip pembelajaran dan faktor mempengaruhi kesediaan belajar.matlamat pembelajaran itu sendiri boleh di bahagikan kepada pelbagai pendapat iaitu pendidikan ialah penambahan ilmu
“Pendidikan ialah untuk menambahkan ilmuuntuk menghampirkan diri dengankesempurnaan fitrah dan memahami dayausaha yang terdapat pada bakat dan watakseseorang.” (Stuart Mill) dan Pendidikan ialah mendidik “Pendidikan ialah mendidik iaitu memimpinkeluar. Pendidikan berlaku melalui tunjukajar, latihan dan indoktrinasi.” (Ducasse).Pendidikan juga adalah sistem
“Pendidikan ialah satu sistem perkembanganintelektual, jasmani, kerohanian dan emosi.”(Aristotle: 384
S.M. – 322S.M.) dan pendidikan itu sendiri adalah proses “Pendidikan sebagai proses
Membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaandan perasaan terhadap alam sejagat dansesama manusia. Pendidikan juga suatu prosesbagi mengatur dan menambah pengetahuanyang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebihselamat.” (John Dewey: 1933).
Seterusnya ialah prinsip pembelajaran, pengajaran perlulah dirancang mengikut fasa dan turutan. Antara fasa-fasanya ialah mempelbagaikan teknik belajar, ia memerlukan kreativiti guru dalam mengekalkan tumpuan pelajar dengan memasukkan unsur kepelbagaian dalam process pembelajaran.
Isi yang terakhir pula adalah faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi, antaranya ialah kematangan fizikal, dorongan, mengekalkan perhatian, sosial dan persekitaran dan pengalaman sedia. Faktor-faktor tersebut dapat dipupuk dengan membuat persedian yang mantap kerana pegurusan yang bagus adalah yang dibuat dengan baik.



Topik 13: Sekolah dan Persekitaran


TOPIK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

 PENDAHULUAN      
 Persekitaran membawa maksud kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan peralatan yang dibekalkan di sekolah, contohnya reka bentuk bilik darjah (pencahayaan & pengudaraan), kebersihan bilik darjah dan sekeliling sekolah, susunan perabot, papan tulis, sumber bahan pembelajaran, bilik air, perpustakaan dan sebagainya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah. Mengapa sekolah harus berhubungan dengan masyarakat? Pentingkah hubungan antara sekolah dengan masyarakat? Ya, hal ini disebabkan sekolah adalah sebahagian yang integral dari masyarakat, ia bukan merupakan organisasi yang terpisah dari masyarakat. Sekolah adalah lembaga sosial yang berfungsi untuk melayani anggota-anggota masyarakat (pelajar dan ibu bapa) dalam bidang pendidikan. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan dan membentuk pelajar yang bersahsiah serta bertanggungjawab sejajar dengan Falsahah Pendidikan Kebangsaan

ISI PENTING
Tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini ialah pengurusan perkongsian, perkongsian pengetahuan dan hubungan sekolah dan ibu bapa (PIBG). Pengurusan pengetahuan merupakan satu proses yang membantu organisasi untuk mencari, memilih, mengorganisasi, menyebar dan memindahkan pengetahuan untuk aktiviti-aktiviti seperti penyelesaiaan masalah, perancangan strategik dan pembuatan keputusan Zuliana Zookefli dan Khalid Md Nor (2008). Kepentingan pengurusan juga amat penting dalam menbentuk sekolah yang baik kerana struktur dan perancangan sekolah mempengaruhi prestasi pelajar di sekolah tersebut.
Manakala perkongsian pengetahuan penyampaian maklumat kepada semua pihak yang terlibat di dalam organisasi tersebut. Zuliana Zookefli dan Khalid Md Nor (2008) mendefinisikan perkongsian pengetahuan sebagai komitmen untuk memberitahu dan menterjemah, serta mendidik rakan sekerja yang lain. Maklumat yang dikongsi tidak hanya mengenai aspek kerja tetapi juga termasuk visi, matlamat, sokongan, perasaan, pendapat dan soalan.
Hubungan sekolah dan ibu bapa juga memainkan peranan dalam mewujudkan suasana harmoni dengan bantuan ibu bapa dalam memberikan sumbangan wang ataupun tenaga dan juga idea. Sekolah yang mempunyai persekitaran yang baik dapat melahirkan sifat tenang dan selisa ketika belajar, malah pengurusan pibp yang cekap dapat melahirkan sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


Topik 12: Pengurusan Pelbagai Upaya


TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENDAHULUAN
Dalam tajuk 12 ini iaitu pengurusan pelbagai budaya, lebih menekankan kepada pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas dan program-program  pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Terdapat juga program pemulihan iaitu satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. Murid yang mengalami masalah 3M adalah disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan faktor kognitif. 

ISI PENTING
Teknik penggayaan diterapkan kepada murid yakni Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Terdapat dua perbezaan teknik penggayaan iaitu; -



Pengayaan Mendatar
Pengayaan Menegak
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
Kadar kesukaran aktiviti

Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama

Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan


Menurut Garciulo, 2003 individu yang berkeperluan khas ialah individu yang berbeza ataupun istimewa daripada norma hidup masyarakat. Keistimewaan ini meliputi perbezaan daripada fizikal, pancaindera, kognitif ataupun tingkah laku. Kebanyakan kanak-kanak ini memerlukan tahap pendidikan yang istimewa yang berkaitan dengan keperluan uniknya. 



JENIS KEISTIMEWAAN

CIRI-CIRI
Pintar Cerdas
              perbendaharaan kata yang lebih luas,
              mempunyai kematangan dari segi penggunaan
            istilah, 
              keistimewaan dalam matematik, 
              mencari kesempurnaan kendiri, 
              tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah,  
           petah berkomunikasi

Autisme
       ·         Sukar berkomunikasi
       ·         Mengelak untuk bertentang mata
       ·         Emosi tidak seimbang
       ·         Mencedera diri sendiri
       ·         Sukar memahami orang lain
       ·         Pasif

Disleksia
        ·         disparaxia (masalah koordinasi motor-                mata-tangan), 
        ·         diskalkulia (merujuk kepada masalah                 matematik) 
        ·         disgrafia (merujuk kepada bahasa






KECERDASAN
PELBAGAI
HURAIAN
Kecerdasan   Logik-Matematik
              Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik.
              Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
              Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak
Kecerdasan  Verbal-Linguistik
             
             
             

Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan.
Memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan.
Mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.
Kecerdasan 
Muzik
             
             
Golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. 
Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.


Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa.
Kecerdasan Kinestetik Badan
             
             

Individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka. 


Mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. 
Kecerdasan  Interpersonal
             
             

Golongan ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. 
Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. 


Mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada.
Kecerdasan  Intrapersonal
            
            
            
Mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri.  Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik.
Mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari.  


Suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara. 
Kecerdasan  Ruang Visual
             
             

Individu ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka.

 

Mampu berfikir diluar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat
.
Kecerdasan 
Naturalis


·         Mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling.
·         Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka.



·         Sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam.   
Kecerdasan 
Eksistensialis
   
            Mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. 
            Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. 

 

            Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini. 




Topik 11: Pengurusan Pelbagai Budaya


TOPIK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENDAHULUAN
Pengurusan pelbagai budaya murid terdiri daripada tiga aspek utama iaitu, Kepelbagaian Murid, Pengurusan Merentas Budaya dan Isu Kepelbagaian Budaya Murid. Menurut kamus dewan edisi keempat dari segi bahasa pelbagai budaya bermaksud perihal pelbagai jenis tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi dan etc. Dari segi saintifiknya, pelbagai budaya di takrifkan sebagai satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosialbudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang  inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

ISI PENTING
Kepelbagaian Murid
Manusia memang berbeza antara satu sama lain. 
Guru perlu sedar hakikat ini
Terdapat guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. 
Semua pelajar adalah berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
Banyak perbezaan di kalangan pelajar 
Bangsa, agama, taraf keluarga, gender, 
Juga melibatkan golongan minoriti – orang kurang upaya, golongan minoriti (orang asli)
Guru perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. 

Oleh hal yang demikian guru-guru mahupun pihak sekolah hendaklah berperanan penting dalam mendidik murid-murid yang terdiri daripada pelbagai budaya ataupun menstruktur semula program mereka yang responsif terhadap kepelbagaian pelajar. Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Pendidikan inklusif jadi satu falsafah sekolah. Tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya.
Dalam pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu;-
 Membuka peluang kepada pelajar OKU
 Sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif.
 Menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.
Peranan atau implikasi pendidikan inklusif kepada guru
 Memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas.
 Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. 
 Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Di samping itu, terdapat pelbagai isu dalam menguruskan kepelbagaian murid ini antaranya ialah;-
 Rasis / perkauman
 Diskriminasi /penindasan
 Ketidakadilan sosial
 Menyalahkan mangsa contohnya: Menyalahkan mangsa rogol kerana berpakaian menjolok mata
 Penilaian berat sebelah
 Bahasa dan komunikasi
Dialek
Bilingual
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
 Komunikasi tanpa lisan – mengejek, menyindir dll



Topik 14: Pengurusan Alam Pembelajaran

TOPIK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN   PENDAHULUAN Guru yang professional haruslah menguasi dan bijak dalam mengurus pelajar itu s...